Sunday 7 December 2014

// // Leave a Comment

Sambungan , Pengalaman Semasa MMM 2014

Terima kasih kerana sudi menbaca blog ini. kali ni aku nak sambung yang part aku tinggal sebelum ni.

Aku memang betul2 terpukul bila melihat orang yang sama-sama pegi seminar Dr. Azizan sebelum ini telah berjaya mencapai matlamat masing-masing manakala aku masih lagi tercari2 jalan menuju ke arah matlamat aku. Rasa macam baru tersedar, aku nak berubah tapi tindakan sangat lambat. plan xde, strategi pun masih kabur.

Betul kata DAO, utk berjaya kita perlu mentor, dan perbaiki kelemahan diri. Aku tau kelemahan aku di mana tetapi aku masih tidak cuba untuk memperbaikinya. Semasa di MMM, aku banyak berjumpa dengan orang yang telah berjaya, yang telah bertahun-tahun berniaga. Memang aku rasa teruja melihat kejayaan meraka dan aku yakin dengan usaha bersungguh-sungguh aku akan berjaya sebagaimana mereka.

Betul kata DAO kepada aku semasa sesi group coaching, Awak akan ingat semula saat di mana awak telah bersusah payah datang menuntut ilmu diseminar ini. Apabila sampai ke puncak, saat di mana awak bersusah payah. (Bukan ayat penuh, tapi maksudnye lebih kurang mcm tu). Kita perlu ada tolakkan , tekanan baru lah kita akan berusaha bersungguh-sungguh. Betul, tanpa tekanan, kita akan rasa selesa dan usaha kita xkan betul2 fokus.

Sekarang aku telah nampak perkara yang aku perlu lakukan. Aku akan berusaha ambik plantinum. aku nak baiki kelemahan diri supaya lebih cepat berjaya. Masa yang aku ada makin singkat. Banyak perkara yang aku ingin lakukan termasuk berbakti kepada orang tua, keluarga dan orang sekeliling. Tu matlamat utama aku sekarang. Insya Allah
Read More

Saturday 6 December 2014

// // Leave a Comment

Booth di Rasta TTDI

Dah lama rasanya  Team 4life Putrajaya tak bukak booth di mana-mana. Selalunya hanya buat temujanji. Last booth yang kami buat sama-ialah di Dataran Underground (Post sebelum ini). Jadi pada  6 dan 7 Disember beberapa hari lepas, kami telah join booth anjuran GempakBazaar di Rasta TTDI. Aku dan team 4life Putrajaya telah berjaya menjalankan aktiviti berkongsi manfaat Produk 4life dan juga peluang perniagaannya. Kami  berempat ni kiranya ambil peluang untuk mendekati vendor-vendor booth yang lain sambil berkenalan. Maklumbalas agak mengalakkan juga sbb ramai jugak orang yang msh tak tau apa itu 4life.
Berkongsi booth dengan Produk Batik Terengganu pada Hari Pertama

Pada hari pertama, aku letak juga produk-produk Batik dari Idayubatik untuk tatapan pengemar batik. xde le kuarkan banyak sangat, untuk promosi je. Aku lebih fokus kepada berkongsi manfaat 4life sebenarnya. Jadi vendor-vendor di sekeliling tu seme team aku bagi flyer dan berkongsi maklumat ape itu 4life. Mudah-mudahan mereka semua boleh sebarkan maklumat itu kepada lebih ramai orang. 
Salah seorang dari ahli team 4life Putrajaya, Nizam 
 Ini dia hero-hero team 4life Putrajaya. Lepas ni kami semua akan buat havod di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Dari kiri, Aku (Shukri), Nizam, Kerull dan Hafiz
Masih ada beberapa lagi ahli team yang x dapat hadir kerana kekangan masa. Team kami bukan hanya berada di Putrajaya tetapi semua kawasan. Seperti Kerull juga cover kawasan Cheras, Petaling Jaya dan sekitarnya, ada lagi Somat ( Ampang), Cie (Puchong), Nizam (Putrajaya dan Penang), Hafiz (Putrajaya dan Kelantan), Aku (Putrajaya, Terengganu dan Johor), Aca ( Putrajaya dan Bentong,Pahang). Memang best kalau buat aktiviti kumpulan macam ni.
Kerull menyampaikan manfaat 4life kepada pengunjung yang datang sambil merasai sample produk 4life.
 
Dalam jaga Booth tu, sempat juga dengar preview filem Ophilia oleh Que Haidar. Macam best je cite Ophilia ni, kisah berkenaan semangat setiakawan 3 orang Skinhead.
Read More

Wednesday 3 December 2014

// // Leave a Comment

Pengalaman Semasa MMM 2014

Alhamdulilah. Bersyukur akhirnya dapat jugak peluang aku untuk coretkan sesuatu dalam blog hari ni. Berkongsi pengalaman dan perasaan yang aku alami sepanjang 4 hari program Millionaire Marketing Mastery (MMM) mulai 28 November hingga 30 November 2014 bg pakej VIP dan DIAMOND dan 1 November 2014 tambahan utk pakej SS. Bersyukur sangat2 kepada Allah kerana mempermudahkan aku untuk hadir ke program ini. Dan berjalan lancar sepanjang 4 hari walaupun terpaksa ulang-alik dari Putrajaya ke SACC Shah Alam.
Tekad untuk pegi program MMM ni tercetus selepas IMKK OKT 2014. Entah dari mana semangat berkobar-kobar datang dalam diri ini. Mungkin Allah bagi jalan sbb niat aku untuk ubah idup aku secepat mungkin. Aku ingin tolong mak ayahku, keluarga dan orang susah dil uar sana. Tapi yang paling utama mak ayah. Tu yang tanpa fikir 2x aku register pakej Super Supreme (SS) dengan meletakkan deposit seberapa yang ada sebagai tanda submit kepasa Allah. Mudah-mudahan aku dapat bayar penuh sebelum program berlangsung. 
Lebih kurang seminggu sebelum program berlansung aku dapat juga settlekan bayaran sepenuhnya. ALHAMDULILLAH. Walaupun banyak halangan yang aku terpaksa hadapi, aku tau tu adalah cabaran yang aku perlu hadapi untuk tuntut ilmu yang sangat bermakna. Aku x nak pakej biasa sebab aku nakkan group coaching dengan Dr Azizan Osman (DAO) dan 2 hari coaching dengan J dan Dato' Roslan. Tu sebab utama aku ambik pakej SS.
Bergambar dengan Haji Zafrul (J) sebelum masuk dewan

Banyak yang aku belajar selama 3 hari. Walaupun penat ulang alik tapi berbaloi rasanya menghadiri program ini. Ramai usahawan yang aku dapat kenal. Pelbagai jenis perniagaan. Kisah hidup orang2 yang telah berubah daripada ZERO kepada HERO. Aku yakin kalau aku ikut seme perkara yang di sebutkan itu memang aku boleh berjaya.
Ada beberapa peristiwa yang menyebabkan aku ter SENTAP. Pertama apabila mendengar kisah kejayaan Parota Crispy. Pemilik Parota Crispy tersebut duduk di sebelah aku masa program DAO tahun 2013 di PWTC iaitu Intensif Jutawan Industri (IJI) tetapi kini telah berjaya. Sebab beliau terus bertindak selepas abis menghadiri program. Manakala aku masih di takuk lama sebab masih tertunggu Aduhh, mmg aku terpukul gile.


Selfie. Benda yg x pnh aku buat sblm ni..hehehe

Peluang yang jarang2 sekali diberikan DAO

Bersambung siri Kedua....
Read More

Saturday 22 November 2014

// // 3 comments

Kanival Upin dan Ipin

Kanival Upin Ipin yang berlangsung di PICC pada 21 - 23 November 2014 telah mencetuskan fenomena dikalangan kanak-kanak dan ibu bapa. Anak-anak aku sendiri dah 2 minggu mengajak aku pegi ke Kanival Upin Ipin ini. Jadi hari ini pada pukul 11 pagi aku dan keluarga terus ke PICC untuk tengok persembahan Upin Ipin dan Ultraman. 

Tapi sampai je atas jambatan sebelum PICC, mak ai, dah start jem teruk. Jadi aku hanya dapat parking kereta di tepi selepas jambatan tersebut. Lepas tu terpaksa berjalan kaki mendaki bukit ke PICC. Nak gelak pun ada, tengok ibu bapa  mengeluh kepenatan berjalan mendaki bukit PICC tersebut. Ada yang berhenti menghilangkan penat di tepi pokok.

Pelik juga aku kenapa ramai sangat orang yang datang. Bila sampai dalam PICC baru tau kenapa jem teruk. Kolej MAHSA ada mengadakan Majlis Konvokesyen di PICC masih ada 1 lagi acara di sana. Kesemua 3 acara di PICC yang dijalankan serentak. Memang patut jem teruk. Kesian pada orang yang datang dari jauh.

Aku hanya berada di sana selama 1 jam, tidak sanggup melihat orang yang sangat ramai. nak pusing-pusing dalam dewan pun  susah. nak berjalan pun susah. Jadi pujuk anak aku Haqim untuk belikan mainan kat luar dan aku terus keluar. Menapak berjalan ke kereta. memang penat dan jem sampai ke kuarter berhampiran orang ramai parking kereta, hampir 500 meter dari PICC.
Jem yang sangat teruk

Lawak, Naik bukit untuk ke PICC

Siap ada yang panjat Bukit, Tengok Wife tengah Panjat Bukit PICC

Ramai sangat sampai nak bergerak pun susah.

Sempat bergambar sebelum balik

Haqim naik Motor
Read More

Thursday 20 November 2014

// // Leave a Comment

IMKK Oktober 2014

Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang telah aku hadiri pada 23 - 26 Oktober 2014 telah banyak mengubah hidup aku. Walaupun post ini sebulan selepas seminar tersebut berlangsung tetapi lebih baik lambat daripada langsung tiada. Bukan ape, cuma sekadar untuk aku mengingati semula kenangan IMKK. Kalau sebelum ini aku kabur terhadap matlamat yang hendak aku capai sekarang ia semakin jelas di hadapan. Ini adalah kali pertama aku menyertai seminar ini setelah gagal hadir semasa IMKK sebelum tu walaupun bayaran telah dibuat kerana masalah kesihatan. 

Aku pergi dengan kawan-kawan seramai 5 orang iaitu Aku, Hafiz, Adik aku (Rozi), Somad dan Khai. Banyak ilmu yang aku perolehi dalam program imi seperti the power of sedekah, solat, restu dan lain-lain. Kalau nak tau lehih lanjut kena pergi. Memang  tidak akan rugi. In Shaa Allah, tahun 2015 aku akan pegi lagi bersama-sama adik beradik aku yang lain. 

Program yang berlangsung selama 4 hari bukan sahaja telah mengubah hidup aku, tetapi aku telah berjaya membina rakan-rakan baru daripada program tersebut. Rakan-rakan baru yang sangat berfikiran positif yang bersama-sama berkongsi dalam kumpulan Whatsapp JUTAWAN DERMAWAN.

Perkara yang aku x pernah rasa nak lakukan sebelum ini telah aku lakukan. SOLAT DHUHA. Kalau sebelum ini aku selalu adakan alasan, "mana boleh solat Dhuha, kan waktu kerja, nnt orang cakap aku sengaja kuar waktu keje utk solat dhuha, curi tulang". Alasan yang aku ciptakan utk tidak mengerjakan solat dhuha. 

Alhamdullilah dengan kuasa dan kekuatan Allah berikan. Aku telah menemukan cara utk mengerjakan Solat dhuha tanpa mencuri waktu kerja. Aku telah tukar waktu kerja kul 8.3 pagi hingga 5.30 petang. Jadi aku dpt gunakan masa sblm pukul 8.30 utk solat.

Idea datang selepas IMKK mencurah-curah. Dan aku sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk menyewa 1 tapak di dalam sebuah kedai di Presint 15 Putrajaya untuk meletakkan produk Batik yang aku jual. ( www.idayubatik.com ). Walaupun sekadar vendor di kedai tersebut tetapi itu adalah langkah pertama untuk aku pegi lebih jauh. Aku akan post artikel lain berkenaan kedai ini.

Selepas IMKK, aku telah mendaftar program Richworks yang seterusnya iaitu MMM ( Millionaire Marketing Mastery) yang akan dijalankan pada 28 -30 November 2014. Semoga dipermudahkan segala perjalanannya.

Read More

Tuesday 11 November 2014

// // Leave a Comment

Pengalaman Jadi EMcee Ceramah 4life

Wow...akhirnya berjaya juga mencabar diri untuk keluar berhadapan dengan hadirin. Sebagai permulaan untuk mencapai matlamat sebagai menceramah hebat bermula dengan langkah pertama sebagai Emcee program 4life.

Walaupun banyak yang dirancang untuk diluahkan tetapi akibat gugup sikit je boleh diutarakan. Percubaan pertama. Lain kali aku akan cuba lagi sampai berjaya In Shaa Allah. Kalau ada sesiapa yang berminat nak tau pasal 4life boleh je contact saya atau intai-intai website saya syoksihat.com

Read More

Monday 3 November 2014

// // Leave a Comment

Kenapa Kita Perlu Berniaga dan Kaya

Post kali ni saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pendapat dan pandangan saya tentang mengapa kita perlu berniaga? Kenapa tidak terus berkerja dan balik kerja rehat-rehat di rumah dengan anak dan isteri. Kenapa perlu bersusah payah selepas penat berkerja di siang hari, terpaksa kuar malam untuk berniaga. Itu kalau yang berkerja siang lah. Saya ada beberapa pandangan peribadi berkenaan persoalan ini. Tuan/puan boleh mengulas atau tidak bersetuju dengan saya. Memang saya sangat mengalu-alukan pandangan tuan/puan sekalian.

1. 9/10 rezeki datang dari berniaga.
Kita selalu mendengar kata-kata bahawa 9/10 rezeki adalah datang dari berniaga. Memang saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Berapa ramai kita tengok orang kaya yang bekerja dengan orang lain. Kebanyakan orang yang senang dah hidup mewah adalah berniaga. Memang ada yang bekerja kaya tetapi jumlahnya amat sedikit. Kemungkinan juga mereka ini bukan semata-mata makan gaji tetapi menggunakan duit gaji untuk pendapatan pasif seperti pelaburan dan memiliki rumah sewa. Kalau setakat kerja semata-mata sangat susah untuk mewah. Mungkin hanya cukup-cukup makan atau sekadar golongan pertengahan.

2. Mengelak daripada berada di Zon Selesa
Orang yang hanya berkerja makan gaji akan merasakan kedudukan mereka sangat releks dan selesa tanpa bertindak untuk meningkatkan pendapatan mereka. Mereka yang berada di zon selesa ini kebiasaanya melakukan sesuatu perkara yang sama dan tindak berani melakukan sesuatu yang luar biasa.Berbeza dengan orang yang berniaga terutama yang masih berniaga sambilan, mereka bertindak diluar kebiasaan dengan membuang rasa malu dan malas untuk meningkatkan lagi taraf hidup dan juga pendapatan.

3. Pendapatan yang berterusan dan tiada penghujung.
Salah satu sebab utama mereka yang berniaga ialah tidak mahu nilai diri mereka ditentukan oleh orang lain. Sebagai contoh, apabila kita bekerja, nilai kita telah ditentukan dengan gaji yang kita perolehi. Semakin besar gaji dan pangkat, semakin tinggi nilai kita. Berbeza dengan berniaga, mereka sendiri yang meletakkan nilai diri mereka sama ada bernilai ribuan ringgit setiap bulan atau ratusan ringgit. Sama ada menjadi pengarah sebuah syarikat atau memiliki rangkaian syarikat yang besar. Pendapatan daripada berniaga juga tidak ada penghujung. kita yang menentukan limit pendapatan kita.

4. Berfikiran positif
Kebanyakan orang-orang yang berniaga adalah berfikiran positif dan berpandangan jauh. ini tidak bermakna orang yang bukan berniaga tidak berfikiran positif tetapi saya mengambil pendekatan kebanyakan. ini kerana sekiranya perniaga mengamalkan sikap negatif maka perniagaannya tidak akan bergerak jauh. mungkin hanya dapat bertahan untuk beberapa tahun sahaja.

5. Bebas menentukan masa sendiri,
Dengan berniaga,  kita bebas untuk menentukan masa untuk kita berniaga. Contohnya waktu operasi peniagaan. Kita boleh mulakan waktu perniagaan petang sehingga malam, atau pagi sehingga tengahari. Kita sendiri yang menentukan masa untuk kita bekerja

6. Kepuasan melihat hasil usaha untuk diri sendiri dan keluarga
Walaupun cabaran berniaga adalah lebih sukar daripada makan gaji tetapi kepuasan daripada hasil yang didapati daripada berniaga adalah lebih kerana mereka yang berniaga ini tahu bahawa segala cabaran, penat lelah mereka adalah untuk diri mereka dan keluarga, bukan untuk majikan dan hanya mendapat gaji di akhir bulan.

7. Dapat membantu orang lain
Dengan berniaga, kita lebih mudah untuk kaya dan sesungguhnya kalau kita kaya lebih banyak orang yang kita boleh bantu. Dengan duit yang banyak, lebih banyak rumah-rumah anak yatim yang kita boleh beri sumbangan, Untuk pembinaan masjid dan juga golongan miskin di sekitar. Kita juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka. 

Dengan beberapa sebab ini, saya berpendapat memang kita wajib kaya dan tujuan kita kaya adalah bukan hanya untuk diri kita sendiri tetapi supaya kita lebih senang untuk membantu orang lain di sekeliling kita. Supaya kita dapat memberi sumbangan yang lebih besar. Insya Allah. Amin
Read More

Sunday 12 October 2014

// // Leave a Comment

Konvensyen 4life 2014

Pada 10 dan 11 Oktober 2014 telah berlansung konvensyen Asia 4life 2014 bertempat di Sunway Piramid Convention Centre. Jumlah kehadiran kali ni memang ramai kerana melibatkan beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Korea, Filipina, Mongolia, India, dan Rusia.

Alhamdulillah, Konvensyen kali ni aku dpt naik pentas sebagai Qualified Diamond (QD). Aku mesti naik pentas tahun depan sebagai International Diamond (ID). Di Konvensyen ini aku banyak berjumpa orang2 yang hebat dan telah berjaya dalam perniagaan 4life. Semangat dan kekuatan mereka sehingga berjaya menjadi inspire untuk aku naik pentas bagi semangat kat orang lain juga.

Bersama2 leader 4life yang menghadiri konvensyen 4life. Semua berimpian tinggi dan positif.

Kyle Maynard (keynote speaker) telah hadir untuk memberi motivasi kepada para peserta konvensyen 4life. Walaupun dilahirkan cacat tetapi beliau tidak berputus asa hingga berjaya berdikari dan telah menjadi orang pertama berjaya merangkak gunung tertinggi di Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro.
Jutawan Mike Ikin yang menyertai 4life dan telah berjayw melahirkan 9 orang Platinum International Diamond (PID) iaitu pangkat tertinggi dalam 4life.
Read More

Saturday 4 October 2014

// // Leave a Comment

Raya haji 2014

Sampai juga kt kg kul 12.15 tengahari tadi setelah lebih kurang 8 jam memandu. Aku bertolak kul 3.45 pagi dari Putrajaya. Tapi sampai Lebuhraya Karak aduh jem teruk. 2 jem lebih sangkut kat jalan. Alhamdulillah sampai juga kt kg. Rindunya.

Sedapnya dapat makan nasi kuning dan nasi boli yang mok wt.  Nasi ni lebih kurang macam nasi dagang gak sebab guna lauk nasi dagang. Yg bezanya boleh tambah ayam goreng dan ada sambal belancan.
Hehehe. Saja je ambik gambar panjak pokok. Sebab rendah sambil kait buah dokong. X berapa nampak dari dalam gambar tu.
Ni masa masak daging korban. Ringkas je. Masak singgang daging lembu. Tp makan sedap. Siap tambah lagi. Ni masa kat besut, kampung ayah.
Ni masa wt korban kt Terengganu. Kat kampung Jeram Hilir. Wife ambik 1 bahagian.
Read More

Wednesday 24 September 2014

// // Leave a Comment

Kursus Penyembelihan di Masjid Besi

Alhamdulilah, berjaya juga aku menyelesaikan Kursus Penyembelihan di Masjid Besi. Dapat le aku sembelih beberapa ekor ayam, Malam nanti boleh rasa Jamuan BBQ di Masjid Besi dengan Kambing dan Lembu yang telah di sembelih.

Pada sesi pagi, Ustaz Fatah iaitu penceramah jemputan dari Jawi Kuala Lumpur menerangkan syarat-syarat peyembelihan serta realiti ayam di pasar-pasar. Betullah kata-kata Dr Azizan Osman semasa aku join seminar beliau yang kebanyakan ayam yang dijual dipasar-pasar bukan mati disembelih tetapi bangkai ayam iaitu ayam yang mati disebabkan dihimpit, dilemaskan dan di campak. Contohnya, setelah disembelih terus dimasukkan kedalam tong yang berisi ayam-ayam lain dan ditutup. ayam tersebut mati disebabkan lemas dan terhimpit, bukannya akibat  di sembelih.
Read More

Tuesday 16 September 2014

// // Leave a Comment

Cuti-cuti di Sungai Klah,Sungkai Perak

Akan di poskan kemudian. Masukkan gambar dulu

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...