Friday, 1 November 2013

// // 1 comment

Kenduri Nasi Ambang - Tradisi Yang Kian Dilupakan

Nasi Ambang (panggilan ambeng) adalah makanan tradisi bagi Melayu Jawa di Malaysia. Nasi Ambang ini beruba nasi putih yang diletak di dalam dulang. Dan dikeliling oleh lauk pauk seperti bergedel, ikan masin goreng, rempeyek, sambal goreng, ayam masak kicap, mee goreng, urap(campuran ulam-ulaman) dan sambal goreng.

Baru-baru ini aku ada pergi kenduri nasi ambang di rumah pakcik aku di Parit Kudus, Pontian. Memang meriah kenduri tersebut. Kenduri tahlil. Jadi majlis tersebut diadakan selepas magrib, dan tuan rumah telah menyiapkan awal-awal nasi ambang dalam dulang berserta hidangan sampingan seperti kuih muih.


Nasi Ambang dah siap, tunggu orang datang

Satu Dulang Untuk 4 orang



Cara makan nasi ambang ni tidak sama dengan makan dalam dulang seperti yang kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu lain. Kebiasaan nasi ambang hanya dijamah sedikit manakala selebihnya akan di bawa pulang untuk ahli keluarga yang lain. Satu dulang biasanya disediakan untuk 4 orang dimana setiap lauk pauk yang disediakan untuk setiap orang diletakkan di dalam samer (Daun pisang yang dipotong mengikut bentuk bulatan).Bahagian nasi yang dibawa pulang dipanggil berkat (bersempena keberkatan yang diperolehi daripada majlis kenduri ini). 

Proses pembahagian berkat nasi ambang

Malang sekali tradisi ini semakin kurang dibuat memandangkan sekarang ini lebih mudah makan dengan cara bufet. Diharapkan agar generasi sekarang dapat mengekalkan tradisi ini agar tidak hilang di arus kemodenan.


1 comments:

shamfariz said...

pergh..byk tu nasi ambeng...kalau lek johor..mmg ada jer nasi ambeng...kenyang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...