Saturday 22 November 2014

// // 3 comments

Kanival Upin dan Ipin

Kanival Upin Ipin yang berlangsung di PICC pada 21 - 23 November 2014 telah mencetuskan fenomena dikalangan kanak-kanak dan ibu bapa. Anak-anak aku sendiri dah 2 minggu mengajak aku pegi ke Kanival Upin Ipin ini. Jadi hari ini pada pukul 11 pagi aku dan keluarga terus ke PICC untuk tengok persembahan Upin Ipin dan Ultraman. 

Tapi sampai je atas jambatan sebelum PICC, mak ai, dah start jem teruk. Jadi aku hanya dapat parking kereta di tepi selepas jambatan tersebut. Lepas tu terpaksa berjalan kaki mendaki bukit ke PICC. Nak gelak pun ada, tengok ibu bapa  mengeluh kepenatan berjalan mendaki bukit PICC tersebut. Ada yang berhenti menghilangkan penat di tepi pokok.

Pelik juga aku kenapa ramai sangat orang yang datang. Bila sampai dalam PICC baru tau kenapa jem teruk. Kolej MAHSA ada mengadakan Majlis Konvokesyen di PICC masih ada 1 lagi acara di sana. Kesemua 3 acara di PICC yang dijalankan serentak. Memang patut jem teruk. Kesian pada orang yang datang dari jauh.

Aku hanya berada di sana selama 1 jam, tidak sanggup melihat orang yang sangat ramai. nak pusing-pusing dalam dewan pun  susah. nak berjalan pun susah. Jadi pujuk anak aku Haqim untuk belikan mainan kat luar dan aku terus keluar. Menapak berjalan ke kereta. memang penat dan jem sampai ke kuarter berhampiran orang ramai parking kereta, hampir 500 meter dari PICC.
Jem yang sangat teruk

Lawak, Naik bukit untuk ke PICC

Siap ada yang panjat Bukit, Tengok Wife tengah Panjat Bukit PICC

Ramai sangat sampai nak bergerak pun susah.

Sempat bergambar sebelum balik

Haqim naik Motor
Read More

Thursday 20 November 2014

// // Leave a Comment

IMKK Oktober 2014

Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang telah aku hadiri pada 23 - 26 Oktober 2014 telah banyak mengubah hidup aku. Walaupun post ini sebulan selepas seminar tersebut berlangsung tetapi lebih baik lambat daripada langsung tiada. Bukan ape, cuma sekadar untuk aku mengingati semula kenangan IMKK. Kalau sebelum ini aku kabur terhadap matlamat yang hendak aku capai sekarang ia semakin jelas di hadapan. Ini adalah kali pertama aku menyertai seminar ini setelah gagal hadir semasa IMKK sebelum tu walaupun bayaran telah dibuat kerana masalah kesihatan. 

Aku pergi dengan kawan-kawan seramai 5 orang iaitu Aku, Hafiz, Adik aku (Rozi), Somad dan Khai. Banyak ilmu yang aku perolehi dalam program imi seperti the power of sedekah, solat, restu dan lain-lain. Kalau nak tau lehih lanjut kena pergi. Memang  tidak akan rugi. In Shaa Allah, tahun 2015 aku akan pegi lagi bersama-sama adik beradik aku yang lain. 

Program yang berlangsung selama 4 hari bukan sahaja telah mengubah hidup aku, tetapi aku telah berjaya membina rakan-rakan baru daripada program tersebut. Rakan-rakan baru yang sangat berfikiran positif yang bersama-sama berkongsi dalam kumpulan Whatsapp JUTAWAN DERMAWAN.

Perkara yang aku x pernah rasa nak lakukan sebelum ini telah aku lakukan. SOLAT DHUHA. Kalau sebelum ini aku selalu adakan alasan, "mana boleh solat Dhuha, kan waktu kerja, nnt orang cakap aku sengaja kuar waktu keje utk solat dhuha, curi tulang". Alasan yang aku ciptakan utk tidak mengerjakan solat dhuha. 

Alhamdullilah dengan kuasa dan kekuatan Allah berikan. Aku telah menemukan cara utk mengerjakan Solat dhuha tanpa mencuri waktu kerja. Aku telah tukar waktu kerja kul 8.3 pagi hingga 5.30 petang. Jadi aku dpt gunakan masa sblm pukul 8.30 utk solat.

Idea datang selepas IMKK mencurah-curah. Dan aku sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk menyewa 1 tapak di dalam sebuah kedai di Presint 15 Putrajaya untuk meletakkan produk Batik yang aku jual. ( www.idayubatik.com ). Walaupun sekadar vendor di kedai tersebut tetapi itu adalah langkah pertama untuk aku pegi lebih jauh. Aku akan post artikel lain berkenaan kedai ini.

Selepas IMKK, aku telah mendaftar program Richworks yang seterusnya iaitu MMM ( Millionaire Marketing Mastery) yang akan dijalankan pada 28 -30 November 2014. Semoga dipermudahkan segala perjalanannya.

Read More

Tuesday 11 November 2014

// // Leave a Comment

Pengalaman Jadi EMcee Ceramah 4life

Wow...akhirnya berjaya juga mencabar diri untuk keluar berhadapan dengan hadirin. Sebagai permulaan untuk mencapai matlamat sebagai menceramah hebat bermula dengan langkah pertama sebagai Emcee program 4life.

Walaupun banyak yang dirancang untuk diluahkan tetapi akibat gugup sikit je boleh diutarakan. Percubaan pertama. Lain kali aku akan cuba lagi sampai berjaya In Shaa Allah. Kalau ada sesiapa yang berminat nak tau pasal 4life boleh je contact saya atau intai-intai website saya syoksihat.com

Read More

Monday 3 November 2014

// // Leave a Comment

Kenapa Kita Perlu Berniaga dan Kaya

Post kali ni saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pendapat dan pandangan saya tentang mengapa kita perlu berniaga? Kenapa tidak terus berkerja dan balik kerja rehat-rehat di rumah dengan anak dan isteri. Kenapa perlu bersusah payah selepas penat berkerja di siang hari, terpaksa kuar malam untuk berniaga. Itu kalau yang berkerja siang lah. Saya ada beberapa pandangan peribadi berkenaan persoalan ini. Tuan/puan boleh mengulas atau tidak bersetuju dengan saya. Memang saya sangat mengalu-alukan pandangan tuan/puan sekalian.

1. 9/10 rezeki datang dari berniaga.
Kita selalu mendengar kata-kata bahawa 9/10 rezeki adalah datang dari berniaga. Memang saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Berapa ramai kita tengok orang kaya yang bekerja dengan orang lain. Kebanyakan orang yang senang dah hidup mewah adalah berniaga. Memang ada yang bekerja kaya tetapi jumlahnya amat sedikit. Kemungkinan juga mereka ini bukan semata-mata makan gaji tetapi menggunakan duit gaji untuk pendapatan pasif seperti pelaburan dan memiliki rumah sewa. Kalau setakat kerja semata-mata sangat susah untuk mewah. Mungkin hanya cukup-cukup makan atau sekadar golongan pertengahan.

2. Mengelak daripada berada di Zon Selesa
Orang yang hanya berkerja makan gaji akan merasakan kedudukan mereka sangat releks dan selesa tanpa bertindak untuk meningkatkan pendapatan mereka. Mereka yang berada di zon selesa ini kebiasaanya melakukan sesuatu perkara yang sama dan tindak berani melakukan sesuatu yang luar biasa.Berbeza dengan orang yang berniaga terutama yang masih berniaga sambilan, mereka bertindak diluar kebiasaan dengan membuang rasa malu dan malas untuk meningkatkan lagi taraf hidup dan juga pendapatan.

3. Pendapatan yang berterusan dan tiada penghujung.
Salah satu sebab utama mereka yang berniaga ialah tidak mahu nilai diri mereka ditentukan oleh orang lain. Sebagai contoh, apabila kita bekerja, nilai kita telah ditentukan dengan gaji yang kita perolehi. Semakin besar gaji dan pangkat, semakin tinggi nilai kita. Berbeza dengan berniaga, mereka sendiri yang meletakkan nilai diri mereka sama ada bernilai ribuan ringgit setiap bulan atau ratusan ringgit. Sama ada menjadi pengarah sebuah syarikat atau memiliki rangkaian syarikat yang besar. Pendapatan daripada berniaga juga tidak ada penghujung. kita yang menentukan limit pendapatan kita.

4. Berfikiran positif
Kebanyakan orang-orang yang berniaga adalah berfikiran positif dan berpandangan jauh. ini tidak bermakna orang yang bukan berniaga tidak berfikiran positif tetapi saya mengambil pendekatan kebanyakan. ini kerana sekiranya perniaga mengamalkan sikap negatif maka perniagaannya tidak akan bergerak jauh. mungkin hanya dapat bertahan untuk beberapa tahun sahaja.

5. Bebas menentukan masa sendiri,
Dengan berniaga,  kita bebas untuk menentukan masa untuk kita berniaga. Contohnya waktu operasi peniagaan. Kita boleh mulakan waktu perniagaan petang sehingga malam, atau pagi sehingga tengahari. Kita sendiri yang menentukan masa untuk kita bekerja

6. Kepuasan melihat hasil usaha untuk diri sendiri dan keluarga
Walaupun cabaran berniaga adalah lebih sukar daripada makan gaji tetapi kepuasan daripada hasil yang didapati daripada berniaga adalah lebih kerana mereka yang berniaga ini tahu bahawa segala cabaran, penat lelah mereka adalah untuk diri mereka dan keluarga, bukan untuk majikan dan hanya mendapat gaji di akhir bulan.

7. Dapat membantu orang lain
Dengan berniaga, kita lebih mudah untuk kaya dan sesungguhnya kalau kita kaya lebih banyak orang yang kita boleh bantu. Dengan duit yang banyak, lebih banyak rumah-rumah anak yatim yang kita boleh beri sumbangan, Untuk pembinaan masjid dan juga golongan miskin di sekitar. Kita juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka. 

Dengan beberapa sebab ini, saya berpendapat memang kita wajib kaya dan tujuan kita kaya adalah bukan hanya untuk diri kita sendiri tetapi supaya kita lebih senang untuk membantu orang lain di sekeliling kita. Supaya kita dapat memberi sumbangan yang lebih besar. Insya Allah. Amin
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...