Saturday 28 December 2013

// // Leave a Comment

Workshop Dunia Pelaburan

Assalammualaikum...berjumpa kita lagi dlm post terbaru aku. Smlm aku telah berjaya menghadiri Workshop Dunia Pelaburan yang diadakan di Wisma MCA, KL. Penceramah-penceramah hebat dlm bidang masing-masing seperti Saufi Karim dlm bidang hartanah, Ir Sofian dlm bidang pelaburan emas, Tn Hj Mohd Asri dalam bidang pelaburan saham.

Mmg banyak ilmu-ilmu baru yg aku dpt terutama dalam pelaburab emas dan saham. Cuma kalau nak menceburi bidang ni kena tambahkan lagi pengetahuan. Emas aku dah try sikit2 cuma saham tu aku baru nak try bukak akaun dan nak pegi kelas utk belajar lebih lagi selok belok pelaburan saham ni. Kalau dengan ilmu yg btl aku boleh berjinak2 dalam dunia pelaburan.

Sedikit ilmu aku nak share dari workshop aku pegi semalam yg disampaikan oleh Tn Jerry (Zafrol Rizal). Kita perlu ada 3 pendapatan utk berusaha ke arah kejayaan. 1. Pendapatan aktif iaitu pendapatan dr bekerja/berniaga. 2. Pendapatan sampingan iaitu pendapatan daripada keje luar seperti keje part time atau bisnes part time. 3. Pendapatan pasif iaitu pendapatan yang kita laburkan dalam bentuk hartanah, emas atau saham yang membolehkan pendapatan itu berjalan dengan sendirinya. Hasil simpanan dari kedua2 pendapatan sblm ini boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan pasif.

Read More

Saturday 21 December 2013

// // 3 comments

Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Negara

Mlm tadi tgh lepak2 tgk tv ,Wife bagi cadangan jalan2 ke Zoo Negara. Kesian cuti sekolah dah nak abis tp x bwk lagi budak2 berjalan . Aku pun rasanye last sekali pegi zoo ni 20 thn lepas...lama tu..hehehe. Aku pun setuju je...hari ni pegi..

Jadi pukul 8.30 kitorang kuar n pegi mkn nasi lemak di warung depan inspen kampus 2. Nasi lemak dia mmg sedap...harga pun x mahal..nasi lemak ayam RM4.50. Abis makan je terus bergerak ke zoo Negara. Nasib baik jalan clear, x jem..sampai kat sana, parking pun masih banyak. yelah sampai awal kan..kul 9.15 pg dah terpacak depan zoo. hehehe.. tiket dewasa RM30 dan kanak-kanak RM10. Pastu kena pakai gelang tiket kt tangan.

Dah masuk dlm zoo, kitorang dgr bunyi kuat mcm dlm hutan, jadi tuju le kt tempat bunyi tu dulu. Rupanye bunyi siamang. Sejenis monyet. Bunyi ni selalu dgr kalau masuk hutan tebal. Kiranya kawasan monyet tu berada berdekatan pintu masuk je..


Pastu terus pegi tgk ikan di aquarium. Pelbagai jenis ikan. Baung, lampam, belida, puyu, kaloi, toman dan byk lg. Bdk2 sekarang ni mane lah kenal ikan2 sungai n air tawar. Rugi. Sbb dok pun kt bandar. Maybe setakat ikan puyu tu kenal lagi lah kot


Lepas kuar dr aquarium tu dah dkt kul 11. Ada pertunjukan, jadi layan dulu. Ada anjing n singa laut. Binturong..binatang yg mcm beruang tp bleh bergayut guna ekor.

Ni kat Ape Planet. Ada Orang Utan dan Chimpanzi. Kalau x salah ejaan aku le. Bdn sasa mcm org selalu pg gym je.
Gajah...haiwan terbesar di daratan

 Ni benda paling geli aku pegang sepanjang pegi zoo tu. pikir2 x nak bergambar tapi kalau x ambik peluang ni bila lagi kan. Aku ajak anak-anak aku bergambar diorang seme x nak. Bila bergambar  ngn ular ni pun siap kuar air mata sbb geli sgt. Kepala ular tu pun nak ke arah muka aku je...tobat x nak lg



Harimau Putih ni siap berenang dekat ngan pagar lagi...kalau melompat je...x tau nak cakap mcm mana



Lepas pnt berjalan.kitorang kuar dr zoo tu dlm kul 1.30 tghari. Tkot x sempat balik sembahyang nnt. Kira keseluruhan lawatan sambil belajar ni kira memuaskan. Cuma ada beberapa tempat tgh renovate..panda World pun nnt ada kt zoo
Read More

Saturday 14 December 2013

// // Leave a Comment

Flight ke Pontian, Johor - Terminal Bersepadu Selatan

Hari ni aku nak balik Pontian, Johor. Nak ambik anak2/wife yg dah 2 minggu bercuti kt kg. Dah lama gile ni x naik bas.. baru nak test balik mcmmane rasa naik bas..
Nak ambik tiket awal kul 5.30 ptg dah abis.terpaksa tgu tiket kul 8.30 mlm. Skrg ni harga tiket ke pontian pun RM28.00. Dah lupa dulu brp tiket ke kl masa zaman blajar. Rm20 kot...
Tiket dah siap ada nama lagi

Ruangan kaunter tiket Aras 3 TBS

Balai Berlepas Aras 2. Hehehe..hanya pemegang tiket dibenarkan masuk

X ke mcm kt airport dah tu..sebab tu aku ckp nak naik flight ke pontian. Jgn marah ye. Anyway mmg selesa guna kemudahan TBS. Bersih


Read More

Thursday 12 December 2013

// // Leave a Comment

Kursus Perolehan di Penang

Baru hari ni sempat nak tulis sikit kt blog ni. Hari ke 3 kursus kt Penang ni. Kursus Pengurusan Perolehan. Kalau kursus anjuran kementerian ni syok le sikit kerana tempatnya menarik.
Tp naik keje ni abis le aku..mesti byk.keje tertunggak ni..hehehe..biasa le tu keje kan. Mlm ni ada BBQ..ganti dinner..
Sementara tgu BBQ start


Read More

Saturday 7 December 2013

// // Leave a Comment

Pesta Buah-buahan Putrajaya

Malam ni saje nak tambah post satu lg.. baru je balik dari presint 2, ada Pesta Buah-buahan. Gian nak mkn buah durian. Beli sebiji durian D24 n makan je kt situ. Ada jugak gerai pks yg buat jualan.

Tgh2 pusing2. Ada le sorang lelaki tgur. Rupanye sama2 alumi Dr. Azizan yg IJI bln september hari tu. Dia ada bkak gerai. GEEGZ HOMEMADE. tahniah kpd saudara Azrul.
Gerai Geegz Homemade

 Siap ada pentas persembahan lagi. Ada nyanyian n game. Tp aku x minat benda2 ni..hehehe
Ni buah-buahan kalau ada yg teringin nak bawak balik
Pesta Buah-buahan Putrajaya ni bermula dari 6 Disember 2013 hingga 10 Disember 2013

Read More

Friday 6 December 2013

// // 1 comment

Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara

Last Week aku ada beli buku tulisan Fathuri Salehuddin yg bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki.
Sebenarnya buku ni dah banyak aku tengok rakan2 FB highlight tp belum terpikir nak beli. tp bila aku pegi lakukan rutin mingguan ke kedai buku kat Presint Diplomatik,aku terjumpa buku ni di kedai tu.

Balik rumah ambik masa 2 hari gak baru dapat baca tetapi selepas membacanya banyak aku rasa perkara yang dinyatakan oleh penulis tu betul dan aku cuba mengamalkan beberapa perkara mudah yang disyorkan tetapi kesannya menyebabkan aku yakin untuk mengamalkan satu persatu amalan yang dapat menjemput rezeki, In shaa Allah.

Aku bagi salah satu perkara yang mmg aku ada buat tetapi lepas baca buku ni aku tambahkan lagi jumlahnya iaitu sedekah dan menderma. Sesungguhnya sedekah itu dapat menambahkan rezeki dan juga menolak bala. Mungkin kita tidak menyedari kerana kita tidak mengetahui yang mungkin kita sepatutnya terlibat dengan kemalangan atau sesuatu yang buruk tetapi sedekah yang pernah kita buat sebelum ini menghalang perkara buruk berlaku pada kita.

Perkara malam tadi berlaku pada aku menguatkan lagi keyakinan aku bahawa semakin banyak kita bersedekah semakin banyak rezeki kita dapat. Seorang customer telah order produk 4life dan inshaa Allah jika bermanfaat kepadanya akan terus menggunakan produk tersebut. Wife aku plak bagitau yang ada customer dia telah order 5 helai Sutera crepe Terengganunya dan telah menjelaskan bayaran utk 4 helai. Alhamduliah.
Pagi ni ada semasa aku tulis blog ni, kawan aku SMS nak order TF dari aku. baru first time nak try katanya dan sorang lagi kawan 1 opis nak repeat order.

Terima kasih kepada penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki, Saudara Fathuri Salehuddin kerana menulis buku tersebut. Sesungguhnya banyak pahala yang diperolehi tuan dengan ilmu yang disebarkan tuan dan diamalkan oleh orang di seluruh dunia.


Read More

Monday 2 December 2013

// // 1 comment

Sembang-sembang Bisnes

Malam td lepak kt kedai mamak Darussalam ngn Somad, Hafiz n Kerul. Sembang2 pasal bisnes n arah tuju bisnes. Lain mcm rasanye kalau sembang dengan orang yg berpandangan jauh. Auranye terserlah.
Maybe sbb attitude atau sikap orang yg berusaha mengubah diri ke arah lebih baik menyebabkan sikat positif terserlah.

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya."

Surah Ar-Ra'd ayat 11

Sesungguhnya berniaga/bisnes dengan niat kerana Allah Taala itu menyebabkan semangat lain mcm je..hehehe..aura sahabat2 yang positif tu berjangkit kat kita. Ya Allah, kekalkan lah aura positif itu supaya aku sentiasa bersemangat.

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...