Assalamualaikum sebagai pembuka bicara
Last Week aku ada beli buku tulisan Fathuri Salehuddin yg bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki.
Sebenarnya buku ni dah banyak aku tengok rakan2 FB highlight tp belum terpikir nak beli. tp bila aku pegi lakukan rutin mingguan ke kedai buku kat Presint Diplomatik,aku terjumpa buku ni di kedai tu.
Balik rumah ambik masa 2 hari gak baru dapat baca tetapi selepas membacanya banyak aku rasa perkara yang dinyatakan oleh penulis tu betul dan aku cuba mengamalkan beberapa perkara mudah yang disyorkan tetapi kesannya menyebabkan aku yakin untuk mengamalkan satu persatu amalan yang dapat menjemput rezeki, In shaa Allah.
Aku bagi salah satu perkara yang mmg aku ada buat tetapi lepas baca buku ni aku tambahkan lagi jumlahnya iaitu sedekah dan menderma. Sesungguhnya sedekah itu dapat menambahkan rezeki dan juga menolak bala. Mungkin kita tidak menyedari kerana kita tidak mengetahui yang mungkin kita sepatutnya terlibat dengan kemalangan atau sesuatu yang buruk tetapi sedekah yang pernah kita buat sebelum ini menghalang perkara buruk berlaku pada kita.
Perkara malam tadi berlaku pada aku menguatkan lagi keyakinan aku bahawa semakin banyak kita bersedekah semakin banyak rezeki kita dapat. Seorang customer telah order produk 4life dan inshaa Allah jika bermanfaat kepadanya akan terus menggunakan produk tersebut. Wife aku plak bagitau yang ada customer dia telah order 5 helai Sutera crepe Terengganunya dan telah menjelaskan bayaran utk 4 helai. Alhamduliah.
Pagi ni ada semasa aku tulis blog ni, kawan aku SMS nak order TF dari aku. baru first time nak try katanya dan sorang lagi kawan 1 opis nak repeat order.
Terima kasih kepada penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki, Saudara Fathuri Salehuddin kerana menulis buku tersebut. Sesungguhnya banyak pahala yang diperolehi tuan dengan ilmu yang disebarkan tuan dan diamalkan oleh orang di seluruh dunia.
1 comments:
alhamdulillah..syukur...dan tambah la satu lagi amalan yang Rasulullah sendiri tak tinggal amalan ni.. iaitu.. solat dhuha 2 rakaat.. byk fadilat dari solat dhuha ni...
selamat beramal ya...
Post a Comment