Saturday, 28 December 2013

// // Leave a Comment

Workshop Dunia Pelaburan

Assalammualaikum...berjumpa kita lagi dlm post terbaru aku. Smlm aku telah berjaya menghadiri Workshop Dunia Pelaburan yang diadakan di Wisma MCA, KL. Penceramah-penceramah hebat dlm bidang masing-masing seperti Saufi Karim dlm bidang hartanah, Ir Sofian dlm bidang pelaburan emas, Tn Hj Mohd Asri dalam bidang pelaburan saham.

Mmg banyak ilmu-ilmu baru yg aku dpt terutama dalam pelaburab emas dan saham. Cuma kalau nak menceburi bidang ni kena tambahkan lagi pengetahuan. Emas aku dah try sikit2 cuma saham tu aku baru nak try bukak akaun dan nak pegi kelas utk belajar lebih lagi selok belok pelaburan saham ni. Kalau dengan ilmu yg btl aku boleh berjinak2 dalam dunia pelaburan.

Sedikit ilmu aku nak share dari workshop aku pegi semalam yg disampaikan oleh Tn Jerry (Zafrol Rizal). Kita perlu ada 3 pendapatan utk berusaha ke arah kejayaan. 1. Pendapatan aktif iaitu pendapatan dr bekerja/berniaga. 2. Pendapatan sampingan iaitu pendapatan daripada keje luar seperti keje part time atau bisnes part time. 3. Pendapatan pasif iaitu pendapatan yang kita laburkan dalam bentuk hartanah, emas atau saham yang membolehkan pendapatan itu berjalan dengan sendirinya. Hasil simpanan dari kedua2 pendapatan sblm ini boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan pasif.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...