Thursday 12 June 2014

// // Leave a Comment

Sebagai peringatan dan panduan kepada kita semua

Excellent story of Moral ethics...

John worked at a cold storage. One day, when he finished with his work schedule, he went into the cold room (Freezer) to inspect something but in a moment of bad luck, the door closed and he was locked inside with no help in sight. Although he screamed and knocked with all his might, his cries went unheard as no one could hear him. Most of the workers had already gone and outside the cold room (freezer), it's impossible to hear what was going on inside. Five hours later, whilst John was on the verge of death, the security guard of the factory eventually opened the door and saved him. John then asked the security guard what he came to do there as it wasn't part of his work routine.
His replies: "I've been working in this factory for 35 years. Hundreds of workers come in and out every day but you're one of the few who greets me in the morning and says goodbye to me every night when leaving after working hours. Many treat me as if I am invisible. So today like every other day, you greeted me in your simple manner "Hello" at the entrance when resuming for work, But curiously after working hours today, I observed I've not heard your "Good bye see you tomorrow". Hence I decided to check around the factory.
I look forward to your greetings every day because to you, I am someone. By not hearing your farewell, I knew something had happened. Then I Sought and found you!

Moral Lesson:
Be humble, love and respect those around you because life is too short. Try to have an impact on people in ways we can't even imagine especially the people that cross our path daily. Stay blessed!

Read More
// // Leave a Comment

Produk Training di Amcorp Mall

Jumaat minggu lepas 6 Jun, aku pegi training psl produk 4life. Bkn x pnh pegi tapi saje nak masukkan dlm blog. Yelah dah lama x update blog kan.
Macam aku ni berkongsi kebaikan produk 4life jadi mestilah kena tambah ilmu 4life. Mesti tau seme produk-produk 4life. Baru senang nak share ngan orang kan.Alhamdulillah, dah hampir 4 tahun aku menjalankan perniagaan 4life ni. rezeki pun semakin bertambah. Syukurlah
Read More

Wednesday 4 June 2014

// // Leave a Comment

Diskriminasi Terhadap Graduan Melayu Untuk Mendapatkan Pekerjaan

CetakPDF
BANGI, 4 Jun 2013 – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki orang Cina dan syarikat Antarabangsa di negara ini.
Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen selama enam bulan yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon didasarkan kepada etnik pemohon.
Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat di sini dengan menghantar ‘resume’  kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru lulus universiti kepada syarikat yang mengiklankan kerja kosong.
Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil.
Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah hampir sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah pemilihan berdasarkan bangsa pemohon.
Beliau bagaimana pun mengingatkan media berhati-hati membuat rumusan kerana kajian mereka hanya untuk mengetahui perbedaan pemilihan calon bukannya untuk mengetahui kenapa graduan Cina dipilih.
Walau bagaimanapun, beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
Kajian mereka juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih pemohon Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu.
Dr Lee tidak pula mengatakan apakah itu menunjukkan orang Melayu tidak mendiskriminasi kaum Cina.
Bagi syarikat Antarabangsa 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan calon dari Universiti Awam yang sudah lama ditubuhkan menjadi pilihan berbanding dengan universiti sewasta.
Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.
Beliau berharap hasil kajian itu tidak seharunya digunakan untuk menuduh majikan Cina fanatik kaum walaupun terdapat diskriminasi terhadap orang Melayu dan memandangkan Melayu juga adalah kaum majoriti negara ini.
Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi demikian tetapi mengakui terdapat isu yang harus ditangani tetapi ini akan menjadi sukar jika penemuan tersebut digunakan sebagai senjata untuk menegakkan agenda tertentu.
Beliau bagaimana pun berkata tentunya ada pihak yang tidak setuju dengan penemuan itu dan cuba menidakkannya tetapi hakikatnya masalah itu perlu diselesaikan.
Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah rumit mengenai hubungan kaum tetapi ia wajib dibincangkan di peringkat kebangsaan dengan niat yang ikhlas untuk mencari penyelesaian yang adil.
Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.


Sumber dari UKM News Portal
Read More

Sunday 1 June 2014

// // Leave a Comment

Info yang perlu kita tau berkenaan tayar

Nak share info berkenaan tayar kenderaan yang sedang anda gunakan.
Kod Tayar Kenderaan. 



Contoh: 165/65/R1479T.
165 => Lebar.
65 => Tinggi.
R => Radial.
14 => size/rim.
79 => Max bebanan.
H => Max 210 km/h.
S => Max 180 km/h.
T => Max 190 km/h.
U => Max 200 km/h.
V => Max 240 km/h.
Z => >240 km/h.
W => 270 km/h.
Y => 300 km/h. 


Setiap tayar baru ada 4 angka tercatit di sisi tayar.
Contoh: 3005 menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 30 tahun 2005. Setiap tayar tempoh penggunaan 5 tahun dari tarikh dikeluarkan. Jika tukar tayar baru pastikan tahun terkini ... sekarang 2014.
Jika beli tahun 2013 minta diskaun less 20% dari harga asal. 2012 40% 2011 60% 2010 80% 2009 free...
Tayar baru lebih 5 tahun usia  boleh pakai tapi keras sebab getah tayar dah expired. 

Semoga perkongsian ini membantu kita agar tidak lagi d tipu oleh kedai tayar.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...