Post kali ni saya mengambil kesempatan untuk berkongsi
pendapat dan pandangan saya tentang mengapa kita perlu berniaga? Kenapa
tidak terus berkerja dan balik kerja rehat-rehat di rumah dengan anak
dan isteri. Kenapa perlu bersusah payah selepas penat berkerja di siang
hari, terpaksa kuar malam untuk berniaga. Itu kalau yang berkerja siang
lah. Saya ada beberapa pandangan peribadi berkenaan persoalan ini.
Tuan/puan boleh mengulas atau tidak bersetuju dengan saya. Memang saya
sangat mengalu-alukan pandangan tuan/puan sekalian.
1. 9/10 rezeki datang dari berniaga.
Kita selalu mendengar kata-kata bahawa 9/10 rezeki adalah datang dari berniaga. Memang saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Berapa ramai kita tengok orang kaya yang bekerja dengan orang lain. Kebanyakan orang yang senang dah hidup mewah adalah berniaga. Memang ada yang bekerja kaya tetapi jumlahnya amat sedikit. Kemungkinan juga mereka ini bukan semata-mata makan gaji tetapi menggunakan duit gaji untuk pendapatan pasif seperti pelaburan dan memiliki rumah sewa. Kalau setakat kerja semata-mata sangat susah untuk mewah. Mungkin hanya cukup-cukup makan atau sekadar golongan pertengahan.
2. Mengelak daripada berada di Zon Selesa
Orang yang hanya berkerja makan gaji akan merasakan kedudukan mereka sangat releks dan selesa tanpa bertindak untuk meningkatkan pendapatan mereka. Mereka yang berada di zon selesa ini kebiasaanya melakukan sesuatu perkara yang sama dan tindak berani melakukan sesuatu yang luar biasa.Berbeza dengan orang yang berniaga terutama yang masih berniaga sambilan, mereka bertindak diluar kebiasaan dengan membuang rasa malu dan malas untuk meningkatkan lagi taraf hidup dan juga pendapatan.
3. Pendapatan yang berterusan dan tiada penghujung.
Salah
satu sebab utama mereka yang berniaga ialah tidak mahu nilai diri
mereka ditentukan oleh orang lain. Sebagai contoh, apabila kita bekerja,
nilai kita telah ditentukan dengan gaji yang kita perolehi. Semakin
besar gaji dan pangkat, semakin tinggi nilai kita. Berbeza dengan
berniaga, mereka sendiri yang meletakkan nilai diri mereka sama ada
bernilai ribuan ringgit setiap bulan atau ratusan ringgit. Sama ada
menjadi pengarah sebuah syarikat atau memiliki rangkaian syarikat yang
besar. Pendapatan daripada berniaga juga tidak ada penghujung. kita yang
menentukan limit pendapatan kita.
4. Berfikiran positif
Kebanyakan orang-orang yang
berniaga adalah berfikiran positif dan berpandangan jauh. ini tidak
bermakna orang yang bukan berniaga tidak berfikiran positif tetapi saya
mengambil pendekatan kebanyakan. ini kerana sekiranya perniaga
mengamalkan sikap negatif maka perniagaannya tidak akan bergerak jauh.
mungkin hanya dapat bertahan untuk beberapa tahun sahaja.
5. Bebas menentukan masa sendiri,
Dengan
berniaga, kita bebas untuk menentukan masa untuk kita berniaga.
Contohnya waktu operasi peniagaan. Kita boleh mulakan waktu perniagaan
petang sehingga malam, atau pagi sehingga tengahari. Kita sendiri yang
menentukan masa untuk kita bekerja
6. Kepuasan melihat hasil usaha untuk diri sendiri dan keluarga
Walaupun
cabaran berniaga adalah lebih sukar daripada makan gaji tetapi kepuasan
daripada hasil yang didapati daripada berniaga adalah lebih kerana
mereka yang berniaga ini tahu bahawa segala cabaran, penat lelah mereka
adalah untuk diri mereka dan keluarga, bukan untuk majikan dan hanya
mendapat gaji di akhir bulan.
7. Dapat membantu orang lain
Dengan
berniaga, kita lebih mudah untuk kaya dan sesungguhnya kalau kita kaya
lebih banyak orang yang kita boleh bantu. Dengan duit yang banyak, lebih
banyak rumah-rumah anak yatim yang kita boleh beri sumbangan, Untuk
pembinaan masjid dan juga golongan miskin di sekitar. Kita juga dapat
memberi peluang pekerjaan kepada mereka.
0 comments:
Post a Comment