Saturday, 22 November 2014

// // 3 comments

Kanival Upin dan Ipin

Kanival Upin Ipin yang berlangsung di PICC pada 21 - 23 November 2014 telah mencetuskan fenomena dikalangan kanak-kanak dan ibu bapa. Anak-anak aku sendiri dah 2 minggu mengajak aku pegi ke Kanival Upin Ipin ini. Jadi hari ini pada pukul 11 pagi aku dan keluarga terus ke PICC untuk tengok persembahan Upin Ipin dan Ultraman. 

Tapi sampai je atas jambatan sebelum PICC, mak ai, dah start jem teruk. Jadi aku hanya dapat parking kereta di tepi selepas jambatan tersebut. Lepas tu terpaksa berjalan kaki mendaki bukit ke PICC. Nak gelak pun ada, tengok ibu bapa  mengeluh kepenatan berjalan mendaki bukit PICC tersebut. Ada yang berhenti menghilangkan penat di tepi pokok.

Pelik juga aku kenapa ramai sangat orang yang datang. Bila sampai dalam PICC baru tau kenapa jem teruk. Kolej MAHSA ada mengadakan Majlis Konvokesyen di PICC masih ada 1 lagi acara di sana. Kesemua 3 acara di PICC yang dijalankan serentak. Memang patut jem teruk. Kesian pada orang yang datang dari jauh.

Aku hanya berada di sana selama 1 jam, tidak sanggup melihat orang yang sangat ramai. nak pusing-pusing dalam dewan pun  susah. nak berjalan pun susah. Jadi pujuk anak aku Haqim untuk belikan mainan kat luar dan aku terus keluar. Menapak berjalan ke kereta. memang penat dan jem sampai ke kuarter berhampiran orang ramai parking kereta, hampir 500 meter dari PICC.
Jem yang sangat teruk

Lawak, Naik bukit untuk ke PICC

Siap ada yang panjat Bukit, Tengok Wife tengah Panjat Bukit PICC

Ramai sangat sampai nak bergerak pun susah.

Sempat bergambar sebelum balik

Haqim naik Motor

3 comments:

yoorinmelacolea said...

ahhaaa.. mesti abg kan yg pijak kasut sy haritu.. behehehe.. adoiii.. memg sesak pon.. mujur laa anak kecik lagi.. tapi dah pandai mintak eskrim upin ipin keting keting keting.. Allah..

imm said...

mampu tengok gamba je lah..x kuasa dari kelantan nak turun picc semata nak jumpa ipin hihih..

Shukri said...

hehehe..betul, kalau terpijak kasut tu mintak maaf le, ramai sgt org..tp sempat le beli vitagen utk anak..kepanasan..Next time kena wt di stadium. yelah org nak tgk ultraman..selalu kt jepun je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...