Tuesday, 7 January 2014

// // Leave a Comment

Makin ku terasa...semua semakin naik

Start masuk sekolah baru terasa kos sara hidup yang semakin meningkat. Minggu pertama sekolah KAFA dah terkejut tengok yuran yang perlu dibayar. Kelas tahun 6 kena byr sampai RM428 dan tahun 4 kena bayar RM358. Termasuk kelas mengaji KAFA yang diwajibkan. Bkn bermaksud semua tu x bgus cuma nak menyatakan betapa tinggi kos utk pembelajaran anak-anak sekarang. Tu x termasuk kos sekolah normal dan keperluan lain.

Yuran utk nursery pun naik dr rm230 kepada rm280 dan bayaran awal tahun rm208. Jadinya rm488 perlu dibayar utk nursery awal tahun. Tu aku hantar anak bersebelahan putrajaya. Berdasarkan kwn aku yg antar anak di putrajaya, seorang anak sahaja di nursery beliau terpaksa byr rm400 tidak termasuk byrn lebih masa. Bygkan kalau anak ada 2 atau 3.

Yang paling terasa kenaikan kos sara idup ini adalah golongan pertengahan yg tidak mendapat kemudahan subsidi atau bantuan kerajaan dan terpaksa menanggung kos kenaikan yg tinggi.

Sepatutnya putrajaya yg didiami oleh ramai kakitangan awam yang kebanyakan kumpulan sokongan, tidak sepatutnya dibebani dengan taraf idup yg sgt tinggi. Rumah dan harga barang di putrajaya mengatasi kadar harga di Kuala Lumpur malahan bersamaan kos sara idup di Miri dan Kerteh yang diketahui umum tempat pekerja2 minyak. Rata2 gaji kakitangan di putrajaya dibawah Rm2000 bagi setiap kakitangan. Tp kos kehidupan di putrajaya rm4000 pun blom tentu mencukupi.

Walapun begitu, ada something yang positif dengan kenaikan kos ini. Kita tidak boleh bergantung dengan satu pekerjaan semata2. Kita perlu mencari pendapatan sampiangan seperti berniaga sambilan dan part time. Tu yang aku tgh buat skrg.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...